Seperti tajuk nya,ini adalah hari yang mendukacitakan kerana aku telah kehilangan abah pada pukul 1.05pm dan Ana yg memberitahu melalui telefon waktu kami sedang makan.Aku amat sedih selain selepas kematian nenek beberapa tahun lepas dan kini aku kena kehilangan seorang lg insan yg aku sayangi...kasihan mak,mmg lah dia penat jaga abah selama 8 tahun ( sama lama dgn aku masuk kerja,2003...) tapi biarlah abah pergi,lepas lelah dia dan mak.
Kami sekuluarga putuskan utk kebumikan abah di Lebu supaya senang utk kami melawat kerana di situ nenek,pak itam disemadikan...juga di Bilut,Atuk.
Aku sedih psl bila tengok abah waktu mandikan dia utk kali terakhir tadi,aku tengok rambut,misai abah tak bercukur kerana aku dah lama mengelak dr dtg rumah mak,kasihan abah...
Selepas ni takde dah beli pampers tiap2 bulan setiap kali shopping,takyah nak mengeluh kalau2 duit tak cukup bila beli pampers abah...bila ingat semua tu,sedih sesangat psl aku tak cukup jasa kepadanya.
Akhir sekali,sayangilah abah atau mak anda sebelum mereka tinggalkan kita selamanya...
SAYANG ABAH SAMPAI BILA BILA..
Tuesday, November 24, 2009
HARI YANG MENDUKACITAKAN,AYAHANDA PERGI MENGHADAP TUHAN YG MAHA ESA PADA HARI INI...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment